LIBRARY ROADTOUR DI FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA (FPPM)

28 September 2016 – Perpustakaan Tuanku Bainun telah menganjurkan Library Roadtour pada 28 dan 29 September 2016, bertempat di Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM). Objektif utama aktiviti ini adalah untuk mempromosikan perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan Tuanku Bainun. Pelbagai aktiviti diadakan untuk menarik pelajar dan pensyarah menyertai aktiviti ini diantaranya Jom Cari Bahan@Perpustakaan, New Book’s Alert (What’s new@library), Books on Wheels , bengkel pangkalan data Taylor & Francis dan juga jualan buku. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, seramai 223 orang pelajar dan pensyarah telah berkunjung ke booth Library Roadtour @ FPPM. Diharap program ini mendapat impak yang positif kepada Perpustakaan Tuanku Bainun dan warga fakulti.

Pelajar menyertai 'fun corner' di booth Sumber Media

Pelajar menyertai 'fun corner' di booth Sumber Media

Kakitangan yang turut menyertai aktiviti 'fun corner'

Kakitangan mengedarkan flyers untuk Hari Terbuka Perpustakaan 2016

Pelajar mengisi borang soal selidik perpustakaan

Pensyarah memilih buku untuk pinjaman

Pelajar dan pensyarah meminjam buku

Pensyarah memilih buku untuk pinjaman

Perkhidmatan 'Books On Wheels'
Pustakawan memperkenalkan perkhidmatan 'Books On Wheels' kepada pensyarah

Pemilihan buku untuk dihantar ke bilik pensyarah

Perkhidmatan 'Books On Wheels' iaitu kakitangan pergi ke bilik-bilik pensyarah untuk memudahkan pensyarah memilih buku untuk pinjaman

Pembantu Pustakawan Kanan memberi penerangan mengenai aplikasi OffPAC

Pembantu Pustakawan membawa buku-buku ke makmal IT untuk dipilih oleh pensyarah

Pemilihan buku oleh pensyarah

Pelajar mendapatkan bahan sumber media untuk pinjaman

Pensyarah yang berkunjung ke Library Roadtour@FPPM
Pemulangan buku juga diterima sepanjang program dijalankan