Perpustakaan Tuanku Bainun menerima lawatan daripada Guru-guru Pendidikan Khas dari Aceh, Indonesia pada 01hb September 2016. Lawatan terdiri daripada 31 orang guru.


Pelaksanaan aktiviti ini dibuat selaras dengan objektif Perpustakaan iaitu mengalakkan pembacaan dikalangan masyarakat dan warga UPSI di samping memberi pendedahan kepada masyarakat dan warga UPSI mengenai bahan bacaan terkini yang terdapat di pasaran. Program ini berjaya membawa 25 pemamer buku terdiri daripada  13 ahli MAPIM  dan 12 penerbit dan pembekal buku komersil. Program ini dapat mendekatkan masyarakat Tanjong Malim kepada pelbagai bahan bacaan yang dipamerkan untuk jualan.Ia juga bertujuan untuk menjadikan membaca sebagai budaya dalam kehidupan dan memacu ke arah pembelajaran sepanjang hayat. Seperti setiap tahun penganjuran program ini adalah dengan kerjasama Pejabat Karang Mengarang UPSI.


Lebih 3,000 orang telah mengunjungi pesta buku untuk mendapatkan buku-buku dan bahan bacaan ilmiah yang ditawarkan dengan potongan harga sehingga 70%.  Selain warga UPSI dan masyarakat setempat, rombongan sekolah yang terdiri daripada pelajar dan guru turut memberi sokongan dan mengunjungi pesta buku kali ini. 


Disamping pameran dan jualan buku, Pesta Buku UPSI 2016 juga tidak ketinggalan menghidangkan aktiviti ilmiah kepada para pengunjung khasnya ahli akademik dan para pelajar.  Di antara program tersebut adalah ‘Bedah Buku’ berjudul ‘Gamifikasi Dalam Pendidikan : Satu Fenomena Baharu Dalam Pendidikan Tinggi di Malaysia’ yang disampaikan oleh penulis buku, Profesor Madya Dr. Tan Wee Hoe, Pengarah Makmal Penyelidikan UPSI.


Manakala ‘Pelancaran Buku’ dan ‘Sembang Buku’ berjudul ‘Model Peringkat Kefahaman Numerasi Sekolah Rendah’ oleh Profesor Dato’ Dr. Noraini Idris, Dr. Nor’ain Tajudin dan Dr. Siti Rahaimah Ali serta buku ‘T1-Inspire Graphing Technology : Pre University Mathematics’ oleh Profesor Dato’ Dr. Noraini Idris, Dr. Nor’ain Tajudin dan Dr. Raja Lailatul Zuraidah, terbitan Pejabat Karang Mengarang UPSI turut diadakan dengan jayanya.  Majlis pelancaran buku ini disempurnakan oleh YB. Dato’ Dr. Muhammad Amin b. Zakaria yang merupakan Pengerusi Pendidikan, Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Kerajaan Perak Darul Ridzuan.


Bergambar kenangan bersama YB Dato’ Dr. Muhammad Amin b. Zakaria

Pengunjung Pesta Buku 2016
Murid-murid sekolah yang turut mengunjungi Pesta Buku 2016