Library Road Tour @ E-Learning

22 Mac 2017 – Perpustakaan Tuanku Bainun telah menganjurkan Library Roadtour pada 21 dan 22 Mac 2017, bertempat di Foyer Aras Bawah, Bangunan E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI. Objektif utama aktiviti ini adalah untuk mempromosikan perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan Tuanku Bainun. Pelbagai aktiviti diadakan untuk menarik pelajar dan pensyarah menyertai aktiviti ini diantaranya Jom Cari Bahan@Perpustakaan, New Book’s Alert (What’s new@library), Books on Wheels dan Fun Corner. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, seramai 215 orang pelajar dan pensyarah telah berkunjung ke booth Library Roadtour @ E-Learning. Diharap program ini mendapat impak yang positif kepada Perpustakaan Tuanku Bainun dan warga UPSI.