Tuesday, April 18, 2017

Kumpulan KIK Oasis Merangkul Pingat Emas

18 April 2017 --- Adalah dimaklumkan kumpulan KIK Oasis daripada Perpustakaan Tuanku Bainun telah berjaya merangkul Pingat Emas bagi projek bertajuk: PENCARIAN BAHAN PERPUSTAKAAN MENGGUNAKAN OPAC KURANG EFISIEN di Konvensyen Mini Team Excellence 2017 Wilayah Utara di Hotel Ixora Seberang Jaya, Pulau Pinang. Inovasi OffPAC yang diperkenalkan oleh kumpulan ini telah berjaya menambat hati juri. Tahniah

Anugerah Emas untuk Kumpulan Oasis

Ahli kumpulan membentangkan projek kepada para juri

Piala dan sijil penghargaan yang dimenangi

Empat daripada enam orang ahli KIK Oasis yang menyertai Konvensyen Mini Team Excellence 2017 Wilayah Utara, di Hotel Ixora, Pulau Pinang. Dari kiri En. Mohd Hizam bin Samin (Fasilitator), En. Khairul Asyrani Sulaiman, En. Mohd Razalli Ahmad Termizi (Ketua Kumpulan), En. Nurul Kashfi Subri

Ketua Kumpulan KIK Oasis, Encik Mohd Razalli Ahmad Termizi menerima piala dan sijil daripada Ybhg. Dato' Dr. Haminuddin Hj. Abd Hamid, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia