PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) DI SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA, CHERAS.


16 Mei 2017 | Jam 10:00 pagi, rombongan Perpustakaan Tuanku Bainun yang terdiri daripada 15 orang kakitangan telah membuat perubahan dengan memasang tikar getah baru di sekolah komuniti Rohingya yang terletak di Kampung Cheras Baru dan memasang rak buku di sudut bacaan sekolah. Kerja-kerja pemasangan rak buku dan tikar getah telah dibuat oleh kakitangan sendiri dibantu murid-murid lelaki yang sememangnya berminat kerja tersebut. Selesai kerja pemasangan rak, semua buku telah disusun semula di atas rak di tingkat 1 dan 2 mengikut peringkat umur dan tahap. Di samping itu, Perpustakaan Tuanku Bainun juga turut menyumbang buku-buku bacaan kepada sekolah untuk bacaan murid-murid sekolah ini. Ini bertepatan dengan objektif untuk melahirkan generasi celik ilmu dan meningkatkan budaya membaca sebagai satu amalan. Sekolah komuniti ini diusahakan oleh Malaysian Relief Agency, sebuah organisasi bantuan kemanusiaan. Turut bersama adalah guru yang mengajar murid-murid secara sukarela dan penyelia sekolah iaitu Hajah Fauziah Tahar. Semoga sumbangan kecil ini memberi manfaat kepada warga Sekolah Komuniti Rohingya.