Lawatan Penandaarasan ke Universiti Anjung Utara

31 Julai 2017 -- Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Tuanku Bainun telah mengadakan lawatan penandaarasan ke perpustakaan tiga universiti di anjung utara iaitu Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia Kedah dan Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis pada 26-28 Julai 2017. 
Lawatan ini bertujuan untuk melihat sistem dan carakerja yang digunapakai oleh perpustakaan tersebut dan juga menjalinkan ukhuwah antara Perpustakaan Tuanku Bainun dengan perpustakaan yang dilawati. Lawatan disertai hampir semua kakitangan Bahagian Perkhidmatan.