Program Khidmat Masyarakat (CSR) Di Hospital Slim River


22 Ogos 2017 --- Perpustakaan Tuanku Bainun mengadakan Program Khidmat Masyarakat di Hospital Slim River. Pelbagai aktiviti dijalankan diantaranya adalah :

✱Story Telling
✱Origami
✱Seni & Kraf
✱Nyanyian


Semua aktiviti ini telah diadakan dengan pesakit kanak-kanak yang mengalami masalah mild autisme, cerebral palsy, hyperactive dan dyslexia.

Perpustakaan Tuanku Bainun turut menyumbangkan buku kepada pihak hospital dan membuat lawatan ke wad pediatrik.

Terima kasih Hospital Slim River atas kerjasama yang diberikan

Ketua Pustakawan, Puan Rusliza Yaacob menyerahkan cenderahati ikatan buku kepada Pakar Pediatrik Hospital Slim River, Dr. Nizam Malik bin Bali Mahomed sebagai simbolik sumbangan buku-buku daripada Perpustakaan Tuanku Bainun kepada Hospital Slim River

Melawat pesakit kanak-kanak di wad pediatrik dan memberikan cenderahati kepada pesakit

Pesakit kanak-kanak turut dihiburkan oleh Dr HootHoot, maskot Perpustakaan Tuanku Bainun

Pelbagai aktiviti dijalankan oleh kakitangan perpustakaan di Unit Pemulihan Carakerja, Hospital Slim River

Bergambar bersama kakitangan hospital dan kanak-kanak yang menyertai program. Kanak-kanak ini mengalami masalah mild autisme, cerebral palsy, hyperactive dan dyslexia