Bengkel Semakan Pelan Strategik Perpustakaan Tuanku Bainun 2015-2020

18 Januari 2018 – Bengkel Semakan Pelan Strategik Perpustakaan Tuanku Bainun 2015-2020 telah diadakan selama dua hari iaitu pada 16 - 17 Januari 2018 bertempat di Bilik Seminar Perpustakaan Tuanku Bainun yang dihadiri oleh 49 orang kakitangan . Bengkel ini telah dikendalikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan Perkhidmatan, Encik Mohamed Zaid bin Mohamed Idris . Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk mengkaji semula dan membuat penambahbaikan pelan strategik Perpustakaan Tuanku Bainun mengikut lima teras utama yang telah di beri. Setiap pindaan dan cadangan pelan dibentang oleh setiap kumpulan dan dibincangkan bersama untuk penambahbaikan bagi memacu perkembangan dan kecemerlangan perpustakaan.

Antara kakitangan yang menyertai bengkel Semakan Pelan Strategik Perpustakaan Tuanku Bainun 2015 - 2020

Timbalan Ketua Pustakawan Perkhidmatan, En. Mohamed Zaid bin Mohamed Idris merupakan fasilitator yang mengendalikan bengkel tersebut.

Antara kakitangan yang menyertai bengkel Semakan Pelan Strategik Perpustakaan Tuanku Bainun 2015 - 2020

Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Pn. Siti Sumaizan turut menyertai bengkel yang diadakan