Majlis Perasmian Program Nilam Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River, Perak oleh Ketua Pustakawan Perpustakaan Tuanku Bainun.

5 Februari 2018 – NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu. Program NILAM ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah yang berterusan bagi sepanjang tahun. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River, Perak turut mengadakan program ini dan telah menjemput Ketua Pustakawan , Pn.Rusliza bt. Yaacob diiringi Pustakawan Kanan, Pn.Firdausiah bt. Ahamad untuk merasmikan majlis pelancaran Program Nilam dan Minggu PSS pada 5 Februari 2018 bertempat di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River.


Pn. Rusliza Yaacob, Ketua Pustakawan Perpustakaan Tuanku Bainun menerima sijil penghargaan dan cenderamata semasa majlis perasmian Program NILAM di Sekolah Menengah Kebangsaaan Agama Slim River, Perak.
Persembahan nyanyian lagu Membaca Gaya Wawasan oleh pelajar Tingkatan 2.