Wednesday, March 21, 2018

Emerald Training Session and Publisher Talk

21 Mac 2018 -- Satu sesi latihan dan perkongsian tips untuk penulisan dan penerbitan artikel jurnal telah dijalankan di Auditorium Perpustakaan Tuanku Bainun. Latihan ini disasarkan kepada kakitangan akademik, pelajar siswazah dan kakitangan perpustakaan. Taklimat latihan disampaikan oleh Encik Ben S'ng, Senior Consultant Emerald Group Publishing Ltd. Seramai 55 orang telah menghadiri latihan tersebut yang diadakan mulai jam 10.30 pagi dan berakhir jam 1.00 petang.


Encik Ben S'ng, Senior Consultant Emerald Group Publishing Ltd sebagai fasilitator memberikan tips penulisan dan penerbitan artikel jurnal.

Antara kakitangan akademik dan pelajar siswazah yang mengikuti latihan di anjurkan oleh perpustakaan

Penyampaian cenderahati daripada wakil perpustakaan, Encik Mohd Razalli Ahmad Termizi kepada fasilitator

Bergambar bersama peserta bengkel di akhir program