Jom Membaca 10 Minit

24 April 2018 -- Pada tahun ini Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI berjaya meneruskan Program Jom Baca Bersama 10 Minit sebagai tanda sokongan kepada Perpustakaan Negara Malaysia bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri-negeri seluruh Malaysia. Apa yang menarik dan berbeza bagi tahun ini adalah pemilihan lokasi dan sasaran peserta yang berbeza daripada tahun sebelum ini. Program ini melibatkan keseluruhan pelajar dan guru daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River seramai 596 orang. Semoga program ini menjadi perintis pada tahun akan datang bagi memupuk budaya membaca dikalangan pelajar sekolah.

Pelajar dan guru SMKA serta kakitangan perpustakaan yang menjayakan program Jom Membaca 10 Minit

Tidak mengira di mana sahaja, program ini tetap dijalankan. Pelajar membaca santai di kawasan sekolah.

Pelajar-pelajar membawa bahan bacaan ke mana sahaja mereka pergi. Tepat jam 11.00 pagi, mereka berhenti selama 10 minit untuk membaca dan menjayakan program ini

Kakitangan perpustakaan yang terlibat di dalam program ini.