LAWATAN KERJA OLEH AHLI LEMBAGA PENASIHAT DAN WARGA KERJA PERPUSTAKAAN KUALA LUMPUR (PKL) KE PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN.

14 Mei 2018 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima pelawat daripada Perpustakaan Kuala Lumpur seramai 30 orang yang terdiri daripada staf perpustakaan dan 5 orang ahli lembaga penasihat. Lawatan penandaarasan ini adalah bertujuan untuk melihat beberapa perkara iaitu pembangunan koleksi digital, perkhidmatan dan fasiliti terkini dan juga perkhidmatan ‘e-services dan e-collections’. Lawatan kerja ini telah diketuai oleh YBhg Datuk Mariany bt Mohamad Yit, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Modal Insan. Pihak Perpustakaan Tuanku Bainun mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL) atas kesudian melawat ke tempat kami. Diharap, semoga perkongsian ini memberi manfaat yang cukup baik dan semoga jalinan ukhwah akan terus terjalin diantara dua organisasi ini.

Tetamu kehormat YBhg Datuk Marianty bt. Mohamad Yit bergambar di hadapan Perpustakaan Tuanku Bainun bersama Timbalan Ketua Pustakawan Kanan

Bergambar kumpulan di ruang pameran, aras 1 perpustakaan

Lawatan berpandu dan penerangan oleh Pustakawan Kanan

Sessi perbincangan dua hala antara Perpustakaan Tuanku Bainun dan Perpustakaan Kuala Lumpur di adakan di Bilik Mesyuarat Utama, Perpustakaan Tuanku Bainun