Wednesday, May 30, 2018

Wiley Online Books Training

30 Mei 2018 -- Satu sesi latihan Wiley Online Books Training telah dijalankan di Makmal IT Perpustakaan Tuanku Bainun. Latihan ini disasarkan kepada Pustakawan Kanan, Penolong Pustakawan dan Pembantu Pustakawan Kanan. Taklimat latihan disampaikan oleh Encik Henry Lok daripada Wiley. Seramai 26 orang telah menghadiri latihan tersebut yang diadakan mulai jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari. Latihan ini bertujuan untuk mempromosi buku-buku terbitan Wiley secara atas talian. Ia juga merangkumi cara-cara mengakses juga muat turun buku atas talian tersebut untuk kegunaan pengguna perpustakaan.

Encik Henry Lok daripada Wiley sebagai fasilitator

Kakitangan perpustakaan yang menghadiri kelas latihan di Makmal IT

Antara Pembantu Pustakawan Kanan yang turut serta menghadiri latihan

Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Puan Siti Sumaizan (bertudung hitam) turut serta di dalam sesi latihan yang dijalankan