Sembang Inspirasi Bersama Iran Shah

28 September 2018 -- Sempena Pesta Buku 2018, satu program anjuran Perpustakaan Tuanku Bainun telah diadakan pada jam 3.00 petang di Auditorium PTB. Program yang dinamakan Sembang Inspirasi : Setiap Anda Itu Istimewa menampilkan Saudara Iran Shah bin Ramatullah, bekas pelajar UPSI kelainan upaya (cacat penglihatan) sebagai penceramah. Sekarang beliau bertugas sebagai guru di Victoria Institution, sebuah sekolah yang terkenal di Kuala Lumpur. Beliau mengajar murid-murid yang normal. Beliau berkongsi pengalaman bagaimana sebagai seorang yang cacat penglihatan boleh berjaya seperti mereka yang normal. Program ini dikendalikan oleh moderator yang sangat petah berbicara iaitu saudara Muhammad Syahir Aiman bin Md Sukor, merupakan pelajar UPSI. Sambutan yang sangat menggalakkan daripada audien yang memenuhi auditorium. Ramai yang teruja mendengar pengalaman yang luar biasa daripada Saudara Iran Shah. Program yang pada mulanya dijangkakan berakhir pada jam 5.00 petang tetapi berakhir hampir jam 6.00 petang kerana pengalaman yang dikongsi oleh Saudara Iran Shah sangat menarik

Tetamu khas, Saudara Iran Shah bersama moderator, Saudara Muhammad Syahir Aiman

Kehadiran pelajar yang memenuhi Auditorium PTB

Pelajar yang berminat bertanyakan pengalaman Saudara Iran Shah

Bergambar bersama AJK program serta sebahagian daripada tetamu yang hadir