Friday, October 26, 2018

EBSCO Resources Workshop

26 Oktober 2018 -- Satu sesi latihan penggunaan Pangkalan Data telah diadakan di Makmal IT, Perpustakaan Tuanku Bainun. Sesi latihan ini merupakan yang ketiga bagi tahun 2018. Seramai 36 orang peserta yang terdiri daripada pelajar siswazah, prasiswazah dan kakitangan akademik UPSI telah menghadiri latihan ini. Penceramah jemputan, Mdm Tay Chiew Boom merupakan Senior Training Manager, South East Asia, EBSCO International Inc. Beliau sangat berpengalaman dalam mengendalikan latihan pangkalan data Ebscohost di seluruh Asia Tenggara. Latihan bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang


Pegawai perpustakaan di barisan belakang sebagai peserta merangkap urusetia program.

Latihan dijalankan secara 'hands on' kepada para peserta

Penceramah jemputan, Mdm Tay Chiew Boon daripada EBSCO International Inc.

Kehadiran peserta yang menggalakkan