Wacana Revolusi Perpustakaan Ke Arah IR 4.0

22 Oktober 2018 -- Bertempat di Auditorium Perpustakaan Tuanku Bainun, telah berlangsung Wacana Revolusi Perpustakaan ke Arah IR 4.0 yang disampaikan oleh Tuan Sayed Munawar bin Sayed Mustar (CEO Perbadanan Kota Buku). Program ini memberi banyak manfaat kerana perpustakaan memainkan peranan penting bagi memastikan warga IPT mendapat pengetahuan atau maklumat yang terkini seiring dengan perubahan teknologi semasa. Prasarana yang lengkap bagi menyokong IR 4.0 disediakan untuk memenuhi keperluan maklumat kepada warga IPT selaras dengan slogan 'With Knowledge We Lead'.

Tuan Sayed Munawar bersama Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Puan Siti Sumaizan

Tuan Sayed Munawar berkongsi ilmu dengan semua hadirin

Audien yang hadir terdiri daripada warga perpustakaan dan warga UPSI

Cenderahati daripada perpustakaan untuk Tuan Sayed Munawar disampaikan oleh Puan Siti Sumaizan

Bergambar bersama AJK program dan para peserta