Monday, November 26, 2018

Lawatan Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis, Pahang

26 November 2018 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis, Pahang seramai 44 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini merupakan Program Jaringan dan Jalinan Bersama IPTA dan dibawa oleh Fakulti Pembangunan Manusia ke perpustakaan pada jam 2.00 petang.

Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Pembantu Pustakawan

Lawatan berpandu sekitar perpustakaan

Penerangan kepada guru pengiring di Bilik Tayangan, Unit Sumber Media, Aras 4

Di hadapan bangunan perpustakaan