Lawatan Kerja Kolej Matrikulasi Perak

26 Disember 2018 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan kerja daripada kakitangan Kolej Matrikulasi Perak seramai 8 orang. Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat proses kerja dari awal pembelian buku sehingga buku dipinjamkan kepada pengguna. Pelawat juga dibawa melihat persekitaran dan perkhidmatan yang terdapat di perpustakaan

Bergambar di hadapan bangunan perpustakaan

Pelawat disambut oleh pustakawan kanan

Taklimat pengenalan perpustakaan disampaikan oleh Puan Siti Sumaizan, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan di Bilik Mesyuarat Utama Perpustakaan, Aras 4

Penerangan proses kerja di Bahagian Perolehan oleh Ketua Bahagian, Puan Najah Saghirah

Penerangan proses kerja di Bahagian Pengkatalogan oleh Ketua Bahagian, Encik Mohd Razalli

Penerangan mengenai koleksi yang terdapat di dalam perpustakaan oleh Pustakawan Kanan, Puan Muliati