Kunjungan Japan Da'wah Centre, Osaka Ke Perpustakaan Tuanku Bainun

 

28 Februari 2024 - Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima kunjungan lawatan daripada delegasi Japan Da'wah Centre, Osaka seramai 6 orang pelajar bersama 3 orang pengiring yang diketua oleh En. Zulkarnain Hasan Basri, Pengasas Japan Da'wah Centre. 

Ketibaan delegasi telah disambut oleh Pustakawan Kanan, Firdausiah Ahamad dan dibawa melawat sekitar perpustakaan bagi melihat sendiri perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan khusus kepada warga Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) .Semoga lawatan ini dapat membawa nama baik dan meningkatkan imej UPSI sebagai universiti peneraju pendidikan. 

Pelawat diberi penerangan ringkas projek akhir pelajar fakulti seni yang dipamerkan di perpustakaan

Delegasi turut dibawa melawat ke Galeri Muallim.