Lawatan Penanda Aras Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin

 

    

      05 Mac 2024 -  Pihak Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) telah menerima kehadiran seramai 7 orang kakitangan perpustakaan Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin yang diketuai oleh Pustakawan Kanan, Puan Thohiroh binti Mohd Jaafar. Tujuan lawatan adalah untuk perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan perisian Swadah, I-Media dan Iphoto. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Khairul Asyrani b. Sulaiman, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan.

Sejurus selesai taklimat, mereka dibawa melihat persekitaran ruang bacaan, Galeri Muallim dan perkhidmatan di PTB oleh Puan Firdausiah bt Ahamad, Pustakawan Kanan. Hasil daripada lawatan penandaarasan ini diharap dapat memberikan manfaat serta meningkatkan mutu kerja sekaligus dapat menjalinkan hubungan dan kerjasama yang lebih erat di antara perpustakaan yang terlibat.

Kakitangan Kolej Yayasan UEM
                   
Encik Khairul Asyrani Sulaiman menyampaikan taklimat

Bergambar kenangan di ruang Pejabat Pentadbiran PTB

Dibawa ke Bilik Koleksi Cikgu A. Kamarudin Ariffin

Melawat bilik tayangan dan melihat koleksi bahan media

Melihat koleksi bahan bacaan

Penerangan berkaitan Galeri Muallim