Night At The Library

 


      2-3 Februari 2024 - Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi universiti awam pertama di negara ini yang menganjurkan aktiviti “Night At The Library” untuk meningkatkan keterlihatan perpustakaan kepada masyarakat setempat.

Penyertaan yang memberangsangkan iaitu seramai 82 orang peserta yang terdiri daripada pelajar UPSI, pelajar sekolah, pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Jitra serta orang awam membuktikan perpustakaan masih relevan dan menjadi tempat pilihan generasi masa kini.

Para peserta bersama-sama dengan staf PTB bermalam di dalam bangunan perpustakaan untuk mendapatkan pengalaman bermalam di perpustakaan dengan pengisian pelbagai aktiviti yang santai dan menghiburkan.

Empat pengisian utama kepada aktiviti ini adalah Survival Kitchen!; Library Night Walk; Bedtime Stories dan Merisik Alam. Satu konsep pembelajaran secara santai dan tidak formal bagi menarik minat peserta sekaligus dapat membina budaya membaca sebagai pembelajaran sepanjang hayat.

    Kehadiran pelajar-pelajar dari IPG Kampus Jitra

Pengisian aktiviti di waktu malam

Mempelajari ilmu ikhtiar hidup cara menyalakan api

Aktiviti mengumpul sampah disekitar kawasan perkelahan

Merisik alam

Peserta-peserta kelihatan teruja

Peserta bersama AJK yang terlibat