Program ‘Infohunt 2.0’

 


03 Februari 2024 - Program ‘Infohunt 2.0’ diadakan bagi memeriahkan lagi Hari Terbuka PTB di mana peserta perlu menyelesaikan pelbagai cabaran dan halangan melalui permainan yang bukan sahaja mencabar fizikal dan mental tetapi juga menyeronokkan. Hadiah-hadiah yang menarik menanti pemenang dan peserta.

Mereka perlu mengelilingi kampus untuk menjejak 10 lokasi ‘checkpoint’ dan seterusnya menyelesaikan tugasan yang telah ditetapkan. Rata-rata peserta mempamerkan semangat dan jiwa yang kental dalam perlumbaan ini.

PTB merasa berbesar hati atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini terutamanya Pihak Keselamatan UPSI yang ‘sporting’ melayani tugasan di pos keselamatan mereka yang dijadikan salah satu ‘checkpoint’ peserta.