Program Jom Baca Bersama 10 Minit

 

        
    Program "Jom Baca Bersama 10 Minit" pada 23 April 2024, adalah inisiatif yang sangat baik yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan tema "Pembacaan Melestarikan Perpaduan". Program ini dilakukan serentak di seluruh Malaysia dan melibatkan pengguna perpustakaan serta masyarakat umum untuk menyokong dan mengambil bahagian.

Tujuan utama program ini adalah untuk mendorong budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia. Dengan menggalakkan individu untuk meluangkan waktu 10 minit dalam hari mereka untuk membaca, ini tidak hanya membantu meningkatkan literasi, tetapi juga menghargai  kepada kepentingan membaca dalam kehidupan harian.

Pengguna Perpustakaan Tuanku Bainun turut serta dalam program ini dengan mempraktikkan konsep untuk berhenti sebentar dari aktiviti harian mereka untuk membaca. Ini menunjukkan komitmen mereka terhadap program dan kepentingan membaca sebagai suatu nilai yang perlu disokong dan dipromosikan.

Diharapkan, melalui inisiatif seperti "Jom Baca Bersama 10 Minit", kesedaran dan minat terhadap membaca akan terus meningkat di Malaysia, serta masyarakat akan lebih menghargai peranan pentingnya dalam melestarikan perpaduan dan kemajuan negara.