Lawatan : Delegasi Guru Maldives

 

      Pertemuan delegasi guru dari Maldives di Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) anjuran Pasukan Perunding CIRCLE, Fakulti Pembangunan Manusia (FPM), pada 8 Mei 2024, menandakan langkah penting dalam meningkatkan kerjasama antara kedua negara dalam bidang pendidikan. Para delegasi diberikan taklimat ringkas berkaitan perkhidmatan yang disediakan di PTB dan turut dibawa melawat ke Galeri Muallim.

Harapan dari pertemuan ini adalah agar perkongsian antara Malaysia dan Maldives akan menghasilkan kerjasama yang erat dan bermanfaat di masa depan, terutamanya dalam bidang pendidikan. Semoga kedua belah pihak akan saling berkongsi pengetahuan dan pengalaman, serta memperluas hubungan bilateral dalam bidang pendidikan. 

Puan Firdausiah menyantuni delegasi yang hadir

Merasai hasil karya pelajar melalui sentuhan

    Melayani pertanyaan pelawat

    Sudut Galeri Muallim