Lawatan Akademi Pilihan Raya, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia

 

     Pada 5 Jun 2024, Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) menyambut kunjungan pertama kalinya dari enam (6) orang kakitangan Akademi Pilihan Raya (APR) Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Ketua rombongan, Encik Farihan bin Mohamad Taib, Pendaftar APR, bertujuan untuk mendapatkan pandangan tentang pembangunan perpustakaan digital dan berkongsi kepakaran dalam pengurusan perpustakaan untuk memastikan kelestarian dan kecemerlangan.

Kunjungan tersebut disambut oleh Encik Mohamed Zaid b. Mohamed Idris, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan. Taklimat disampaikan oleh Puan Firdausiah bt. Ahamad, Pustakawan Kanan, dan Encik Khairul Asyrani b. Sulaiman, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan. Encik Rozman b. Che Ross, Pustakawan Kanan, juga turut hadir.

Selepas taklimat, rombongan dibawa melawat setiap aras perpustakaan untuk melihat ruang dan kemudahan yang disediakan kepada pengguna. Lawatan ke Galeri Muallim dan Bilik Bacaan 24jam seringkali menarik minat pelawat yang ingin mendapatkan idea untuk pembangunan galeri di APR.

Semoga kunjungan ini dapat memberi manfaat dan mempererat hubungan kerjasama di antara kedua agensi ini.

Dipengerusikan oleh Encik Mohamed Zaid b. Mohamed Idris, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan

Kakitangan Akademi Pilihan Raya

Pertukaran Cenderamata

Bilik Koleksi Buku A. Kamarudin Ariffin

Melihat koleksi buku

Galeri Muallim