Pada 3 September 2024, Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) menerima kunjungan dari Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV), yang disertai oleh 12 orang tenaga pengajar Politeknik dan Kolej Komuniti. Mereka adalah peserta dalam Program Pentauliahan Profesional Pendidikan Khas. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PTB, yang dapat menyokong keperluan pendidikan khas.
Semasa lawatan, peserta berpeluang meneroka pelbagai kawasan utama perpustakaan dan melihat sendiri sumber bacaan yang dapat membantu pelajar dengan keperluan khas. Selain itu, mereka juga mengunjungi Galleri Muallim, sebuah galeri yang mempamerkan koleksi yang berkaitan dengan sejarah pendidikan di Malaysia.
Diharapkan lawatan ini memberi peserta peluang untuk mendapatkan inspirasi dan maklumat yang berguna, yang boleh diterapkan dalam amalan pengajaran mereka, khususnya dalam bidang pendidikan khas.
Galeri Muallim |