30 Julai 2025, sebuah program khidmat masyarakat telah berjaya dianjurkan di Sekolah Rendah Seri Budiman (SRSB) oleh Bahagian Komunikasi Korporat (BKK), Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), dan Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB). Program ini bertujuan menceriakan Pusat Sumber sekolah demi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif, selesa, dan menarik untuk murid-murid.
Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuk mengecat semula ruang pusat sumber, menyusun semula sudut bacaan serta menambah koleksi bahan bacaan yang sesuai dengan peringkat umur murid. Inisiatif ini diharap dapat meningkatkan minat membaca dan literasi maklumat dalam kalangan pelajar sekali gus memberi impak positif kepada suasana pembelajaran di sekolah tersebut. Program ini juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak universiti dalam memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat melalui aktiviti pemindahan ilmu dan pembangunan pendidikan.
Keadaan dinding pusat sumber yang ditampal dengan tidak sistematik
Pandangan ruang sudut pembelajaran
Pandangan keseluruhan ruang