Inspirasi Bersama LY & Baiduri : Irama Nada dan Keindahan Bahasa

 


Program Inspirasi Bersama LY & Baiduri Meriah di UPSI

Program Inspirasi Bersama LY & Baiduri: Irama Nada dan Keindahan Bahasa berlangsung meriah pada 18 Oktober 2025 di Dewan SITC, UPSI dengan kehadiran 382 peserta terdiri daripada warga universiti dan masyarakat setempat. Pasangan seniman terkenal tanah air, Encik Rozman Shafie (LY) dan Puan Hajah Norkhayati Mohd Hashim (Baiduri), berkongsi pengalaman mereka dalam dunia muzik dan penulisan lirik, termasuk kisah di sebalik lagu-lagu popular seperti Bourgenvilla, Mengapa, dan Bahagiamu Deritaku.

Sesi yang dikendalikan oleh En. Husnil Amin Zakaria turut diserikan dengan persembahan lagu ciptaan LY dan lirik Baiduri oleh Dr. Hoothoot, Pn. Siti Norliza, dan Pn. FazilahProgram ini bukan sahaja membuka ruang apresiasi terhadap seni dan bahasa, tetapi juga menyemai inspirasi dalam diri peserta untuk terus menghargai keindahan karya tempatan dan warisan budaya bangsa.

    Encik Rozman Shafie (LY) dan Puan Hajah Norkhayati Mohd Hashim (Baiduri) berkongsi  pengalaman seni

    Seorang peserta mengambil peluang bertanya soalan kepada LY dan Baiduri

    Ketua Pustakawan menyampaikan cenderahati kepada LY sebagai tanda penghargaan

Tanda penghargaan buat Baiduri daripada Ketua Pustakawan

    Bergambar kenang-kenangan