Night at the Library 2025: Dua Hari Penuh Keriangan & Pengalaman Bermakna
Program Night at the Library 2025 berlangsung meriah pada 17 dan 18 Oktober 2025 dengan pelbagai aktiviti menarik yang menghimpunkan seramai 85 peserta di Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB).
Hari Pertama (17 Oktober 2025) Program bermula dengan sesi pendaftaran, taklimat keselamatan, dan aktiviti ice breaking yang menceriakan suasana. Peserta kemudian dibahagikan kepada kumpulan bagi memupuk semangat kerjasama. Pada malamnya, mereka dibawa ke Laman Batik untuk aktiviti “Survival & Campfire Night” bersama Encik Zaini Alipiah, di mana peserta belajar memasak menggunakan buluh sambil menikmati makan malam di bawah cahaya unggun api.Aktiviti diteruskan dengan Dark Library Hunt, Board Game Night, Night Movie, serta sesi Free and Easy bagi mengeratkan lagi hubungan sesama peserta.
Hari Kedua (18 Oktober 2025) Hari bermula dengan aktiviti zumba yang menyegarkan diikuti sesi sarapan pagi. Peserta kemudiannya menyertai aktiviti explorace di sekitar kampus universiti yang menguji ketangkasan, strategi dan semangat berpasukan.Kemuncak program berlangsung di Auditorium PTB dengan Majlis Perasmian Penutup yang disempurnakan oleh Encik Norhan bin Suid@Shuib, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
