Monday, November 30, 2009

Lawatan Kerja IPG Batu Pahat

Berikut adalah foto-foto sekitar lawatan kerja dari IPG Batu Pahat pada 20 November 2009 di Perpustakaan Tuanku Bainun :









Wednesday, November 25, 2009

Penutupan operasi PTB sempena Aidiladha 2009

Adalah dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tuanku Bainun akan ditutup kepada semua pengguna pada Hari Raya Aidiladha (27 November 2009) serta Sabtu sehingga Ahad (28-29 November 2009).

Perpustakaan akan dibuka semula pada Isnin 30 November 2009. Dengan kesempatan ini, kakitangan Perpustakaan Tuanku Bainun ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua warga UPSI.

Tuesday, November 17, 2009

Penggunaan plug elektrikal di Perpustakaan


Sejak akhir-akhir ini didapati ramai pengguna perpustakaan menggunaan komputer riba masing-masing di ruang bacaan dengan menggunakan sama ada plug elektrikal pada dinding bangunan atau meja bacaan.

Pihak perpustakaan meminta pengguna yang membawa masuk komputer riba untuk menggunakan ruang Hot Spot di Aras 3 dan Aras 4(bersebelahan ruang Audio Visual) yang telah disediakan kapasiti elektrikal yang bersesuaian dengan komputer riba.

Penggunaan komputer riba (dengan sambungan plug elektrik) selain daripada ruang-ruang yang dinyatakan di atas akan menyebabkan boleh berlakunya blackout di bangunan perpustakaan di samping berkemungkinan berlakunya kerosakan terhadap komputer riba pengguna. Ini adalah kerana kapasiti plug elektrikal berkenaan adalah kecil dan tidak sesuai dengan komputer riba (terutamanya plug elektrik di meja bacaan yang telah dikhususkan untuk lampu bacaan).

Pihak perpustakaan telahpun mengeluarkan amaran melalui sistem siaraya mengenai perkara ini dari masa ke semasa dan anda akan ditegur sekiranya didapati melakukannya. Pihak perpustakaan juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan peralatan yang anda gunakan semasa di perpustakaan yang di dapati akibat daripada perbuatan ini.

Sekian, dimaklumkan.

Tuesday, November 10, 2009

Larangan membawa bahan makanan dan minuman

Para pengguna perpustakaan adalah ditegah membawa makanan dan minuman ke dalam perpustakaan. Ini adalah berdasarkan peraturan no. 4 iaitu "Pelanggan tidak dibenarkan membuat bising, makan, minum, merokok, menyanyi, tidur dan membuat sesuatu yang boleh menjejaskan suasana pembelajaran di perpustakaan."

Sejak akhir-akhir ini ramai di kalangan pelajar yang membawa masuk makanan dan minuman ke dalam perpustakaan dan pihak perpustakaan boleh mengambil tindakan tegas ke atas perkara berikut.

Sehubungan dengan itu, pihak perpustakaan berharap agar pengguna perpustakaan dapat mematuhi segala peraturan-peraturan perpustakaan.

Saturday, November 7, 2009

Tahniah !

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 daripada Perpustakaan Tuanku Bainun bergambar dengan Pendaftar UPSI, Dato' Rusley Taib pada 4 November 2009.

Ahli-ahli kumpulan KIK Perpustakaan Tuanku Bainun, Oasis bergambar dengan Dato' Rusley Taib bersama penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008.

Friday, November 6, 2009

OASIS juara !

Tahniah kepada kumpulan OASIS daripada Perpustakaan Tuanku Bainun di atas kejayaan mendapat tempat pertama di dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris yang berlangsung pada Khamis 5 November 2009.

Hasil inovasi kumpulan ini telah berjaya menambat hati juri dan seterusnya menempa kejayaan di peringkat UPSI. Tahniah kepada ahli-ahli kumpulan ini dan mereka yang membantu di dalam menjayakan projek ini. Sasaran berikutnya : peringkat IPTA !

Tahniah kumpulan OASIS !!

Wednesday, November 4, 2009

Britannica Online



The award-winning Britannica Online delivers fast and easy access to high quality and comprehensive information. The rich combination of Encyclopedia Britannica plus Meriam-Webster's Collegiate Dictionary and Thesaurus, magazines and periodicals, and many other research tools provides the variety of reliable sources that students need to consult when conducting through research from all one database. Available within the UPSI campus network only. No password and user id is required to log in.