Tuesday, April 6, 2010

Encyclopedia Britannica dan SpringerLink kini di EZProxy


Adalah dimaklumkan bahawa pengguna Perpustakaan Tuanku Bainun kini boleh mengakses SpringerLink dan Encyclopedia Britannica melalui capaian EZProxy Perpustakaan Tuanku Bainun.

Bagi mengaksesnya, pengguna hanya perlu log masuk ke akaun Pustaka Portal masing-masing dan seterusnya klik pada item EZProxy yang berada di menu sebelah kiri skrin pelayar web.

Bagi sebarang permasalahan berkaitan capaian, anda bolehlah merujuk dengan Unit Teknologi Maklumat di talian 05-450 6775 (En. Khairul) atau permasalahan berkaitan dengan perkhidmatan di talian 05-450 6832 (Pustakawan Meja Penasihat Pembaca).

Sekian, dimaklumkan.