Thursday, September 16, 2010

Gangguan Perkhidmatan Atas Talian Perpustakaan



Adalah dimaklumkan bahawa pada Khamis 16 sehingga Ahad 19hb September 2010 akan dilaksanakan penyelenggaraan ke atas pencawang-pencawang elektrik di UPSI.

Bersehubungan dengan itu, akses terhadap perkhidmatan-perkhidmatan internet kami akan mengalami gangguan sehinggalah bekalan elektrik dipulihkan setelah diminta oleh pihak Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Harta Benda UPSI agar pihak kami menutup semua perkakasan elektrikal yang digunapakai di Perpustakaan Tuanku Bainun termasuk server-server perkhidmatan kami.

Harap maklum.

Kemaskini @17/9/2010 8:00 AM : Servis-servis atas talian untuk hari ini dimulakan seperti biasa sehingga jam 5:00 petang. Harap maklum.

Monday, September 13, 2010

Gangguan sistem

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat gangguan teknikal terhadap sistem pengaliran hawa dingin pada lokasi penempatan server-server perkhidmatan atas talian kami. Sehubungan dengan itu, semua aplikasi atas talian dan intranet (di Perpustakaan Tuanku Bainun) seperti OPAC, Web OPAC dan ILMU akan mengalami gangguan akses. Masalah ini akan cuba kami atasi dengan secepat mungkin.

Sekian harap maklum dan sebarang kesulitan amat dikesali.

Kemaskini @5:58PM 14/9/2010 : Gangguan pengaliran hawa dingin telahpun diselesaikan. Berikan pihak kami sedikit masa untuk mengadakan pengujilarian sistem sebelum ke semua sistem kami dimulakan semula. Terima kasih kerana masih bersama kami.

Kemaskini @8:54AM 15/9/2010 : Servis-servis utama kami telah pulih seperti biasa. Terima kasih di atas kesetiaan anda bersama kami.

Friday, September 3, 2010

Gangguan Perkhidmatan Pustaka Portal

Adalah dimaklumkan, Pustaka Portal akan mengalami gangguan perkhidmatan pada :

Tarikh : 3 September 2010 – 4 September 2010

Masa : 8:00 malam hingga 3:00 pagi

Ianya bertujuan bagi memberikan laluan kepada Pusat ICT membuat penyelenggaraan ke atas pangkalan data sepusat Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Servis dan perkhidmatan atas talian berkenaan akan pulih seperti biasa pada 4 September 2010 bermula jam 8 pagi. Harap maklum.