Gangguan Bekalan Elektrik di Perpustakaan Tuanku Bainun

Perpustakaan Tuanku Bainun akan mengalami gangguan bekalan elektrik pada Ahad 5 Disember 2010. Bersehubungan dengan itu, server-server utama perpustakaan akan ditutup bagi memastikan keselamatan peralatan-peralatan yang berkenaan.

Sistem yang akan tergendala adalah seperti berikut :
1. Sistem Web Portal (pustaka.upsi.edu.my)
2. Sistem EZProxy
3. iSYS
4. UPSI Digital Collections
5. WebOPAC

Selain daripada itu, pihak perpustakaan juga akan melaksanakan penyelenggaraan terhadap server-server berkenaan sebagai persediaan menghadapi gangguan bekalan elektrik berkenaan bermula pada jam 3.00 petang Sabtu 4 Disember 2010.

Bagi pembaharuan bahan, pengguna perpustakaan disaran untuk melaksanakannya selewat-lewatnya jam 3:00 petang Sabtu 4 Disember 2010 atau terus ke kaunter sirkulasi Perpustakaan Tuanku Bainun.

Sistem-sistem akan dipulihkan semula pada 8.00 pagi Isnin 6 Disember 2010.

Segala kesulitan amat dikesali.

Untuk makluman lanjut, sila hubungi : 05-4506832 untuk berhubung dengan Meja Penasihat Pembaca. Harap maklum.