Monday, July 18, 2011

Selamat datang Puan Siti Sumaizan


Warga kerja Perpustakaan Tuanku Bainun mengucapkan selamat datang dan bertugas kepada Timbalan Ketua Pustakawan, Pn. Siti Sumaizan Ramli.

Beliau boleh dihubungi di talian 05-4506607.

Sunday, July 17, 2011

Gangguan capaian EZProxy

EZProxy kini mengalami sedikit masalah capaian. Gangguan capaian ini hanya dapat diproses pada awal pagi Isnin 18 Julai 2011.

Pihak kami memohon maaf di atas segala kesukaran dan kesulitan semua pengguna perpustakaan.

Butiran gangguan:
Tarikh : Ahad 17 Julai 2011
Masa pemulihan : Isnin 18 Julai 2011
Butiran gangguan : Dipercayai disebabkan keputusan bekalan kuasa elektrik atau server mengalami gangguan capaian rangkaian.

Kemaskini : EZProxy telah boleh digunakan semula. Isnin, 18 Julai 2011, 7:20 pagi.

Unit Teknologi Maklumat
Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia
Perpustakaan Tuanku Bainun

Thursday, July 7, 2011

Pro Canselor UPSI, Tan Sri Dr. Yahaya Ibrahim di Majalah Jelita keluaran Jun 2011

Tan Sri Dr. Yahaya Ibrahim
Tokoh pendidikan ulung
untuk artikel penuh Click here


Unit Perundingan Penyelidikan Pengguna
Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Maklumat
----------------------------------------------------------

Monday, July 4, 2011

Bengkel Library Marketing di Perpustakaan Tuanku Bainun

Pada 28 Jun - 29 Jun 2011 yang lalu, Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mengajurkan satu Kursus Library Marketing yang diadakan di Bilik Serbaguna 2, Perpustakaan Tuanku Bainun.

Kursus yang lebih menjurus kepada bengkel ini dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu Professor Madya Dr. Maznah Ghazali daripada Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Beliau merupakan pensyarah yang cukup berpengalaman dalam bidang pemasaran dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang pemasaran perpustakaan.

Bengkel selama dua hari ini disertai oleh Pustakawan Kanan, Pustakawan dan Penolong Pegawai Perpustakaan. Penyertaan dalam bengkel ini dapat memantapkan pengetahuan dalam bidang pemasaran perpustakaan dan perkhidmatan maklumat.

Perkongsian idea dan ilmu oleh PM Dr. Maznah amat berguna kepada semua pustakawan kerana pada dalam era globalisasi dan perkembangan teknologi kini pemasaran di perpustakaan amat penting dalam memastikan fungsi perpustakaan itu masih relevan kepada pengguna.

Bengkel ini telah memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para pustakawan dalam bidang pemasaran perpustakaan dan perkhidmatan maklumat yang boleh digunakan dan diamalkan dalam tugasan seharian dalam memajukan perpustakaan.

Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Maklumat

Pro Chancellor of UPSI, Tan Sri Dr. Yahaya Ibrahim in Top 10 of Malaysia

Tan Sri Dr. Yahaya Ibrahim
A Chat with Top 10 of Malaysia's Chairman
for full article Click here


Unit Perundingan Penyelidikan Pengguna
Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Maklumat
----------------------------------------------------------