Bengkel Library Marketing di Perpustakaan Tuanku Bainun

Pada 28 Jun - 29 Jun 2011 yang lalu, Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mengajurkan satu Kursus Library Marketing yang diadakan di Bilik Serbaguna 2, Perpustakaan Tuanku Bainun.

Kursus yang lebih menjurus kepada bengkel ini dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu Professor Madya Dr. Maznah Ghazali daripada Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Beliau merupakan pensyarah yang cukup berpengalaman dalam bidang pemasaran dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang pemasaran perpustakaan.

Bengkel selama dua hari ini disertai oleh Pustakawan Kanan, Pustakawan dan Penolong Pegawai Perpustakaan. Penyertaan dalam bengkel ini dapat memantapkan pengetahuan dalam bidang pemasaran perpustakaan dan perkhidmatan maklumat.

Perkongsian idea dan ilmu oleh PM Dr. Maznah amat berguna kepada semua pustakawan kerana pada dalam era globalisasi dan perkembangan teknologi kini pemasaran di perpustakaan amat penting dalam memastikan fungsi perpustakaan itu masih relevan kepada pengguna.

Bengkel ini telah memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para pustakawan dalam bidang pemasaran perpustakaan dan perkhidmatan maklumat yang boleh digunakan dan diamalkan dalam tugasan seharian dalam memajukan perpustakaan.

Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Maklumat