KARNIVAL ILMU DAN BUDAYA MEMBACA BERSAMA KOMUNITI TANJONG MALIM 2011

KARNIVAL ILMU DAN BUDAYA MEMBACA BERSAMA KOMUNITI TANJONG MALIM 2011 adalah aktiviti berkonsepkan turun padang yang julung kalinya diadakan untuk mendekati masyarakat setempat di mana pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk masyarakat Tanjong Malim khususnya komuniti di Jalan Ketoyong dan warga Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim (SKTM). Dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim, karnival tersebut telah dijalankan pada 24 September 2011 bertempat di SKTM. Berdasarkan rekod pendaftaran pengunjung sejumlah 964 orang telah mengunjungi karnival tersebut yang terdiri dari pelbagai kaum dan lapisan umur masyarakat.

Karnival tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Omar b. Abdull Kareem, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan UPSI. Untuk meneruskan usaha-usaha merangsang dan mempromosikan budaya membaca di kalangan masyarakat, pihak penganjur telah menjalankan aktiviti Ceramah ‘ Perkembangan Literasi Seawal Usia: Peranan Ibu Bapa dan Guru’ yang disampaikan oleh Y. Bhg. Dr. Mahani bt. Razalli dari Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), pameran perkhidmatan Perpustakaan Tuanku Bainun & promosi keahlian luar perpustakaan, pameran kemerdekaan dan kuiz kenegaraan, jom bercerita, mewarna Bersama Keluarga, puzzle minda, language game, sudut fun reading, pesta buku, pameran & pemeriksaan kesihatan, senam 1Malaysia, jualan amal Bakes dan cabutan bertuah.

Foto-foto aktiviti yang telah dilaksanakan:

Mewarna bersama keluarga


Pesta Buku


Persembahan kanak-kanak dari sekolah-sekolah sekitar Tanjung Malim


Language Game


Fun Reading