Penamatan Perkhidmatan Green IT Learning Centre

Adalah dimaklumkan bahawa perkhidmatan Green IT Learning Centre yang menempatkan 100 unit thin client untuk kegunaan para pengguna Perpustakaan Tuanku Bainun telah tamat kontrak perkhidmatannya.

Sebagai alternatif, pengguna perpustakaan boleh menggunakan terminal thin client yang disediakan di dalam bilik-bilik karel ataupun menggunakan kemudahan WiFi untuk akses internet di dalam bangunan perpustakaan.

Sekian, dimaklumkan.