Penutupan Server-server PTB

Adalah dimaklumkan bahawa pihak JPPHB akan melaksanakan kerja – kerja penyelenggaran di Pencawang Elektrik UPSI No. 1 dan No. 6 pada 26 Disember 2011 (Isnin) bermula 09.00 pagi hingga 07.00 petang. Gangguan bekalan elektrik akan berlaku dan melibatkan bangunan Perpustakaan.

Lanjutan daripada gangguan ini, pihak Perpustakaan akan menutup semua server perkhidmatan bermula jam 12.00 tengahari 25 Disember 2011. Server-server ini akan dimulakan semula pada 8.00 pagi 27 Disember 2011. Servis-servis yang akan tergendala adalah WebOPAC, ILMU, Ezproxy dan UPSi Digital Collection. (Persediaan awal perlu dilakukan untuk mengelakkan bekalan elektrik diputuskan tidak mengikut jadual di samping mengambil kira cuti perayaan pada 25 dan 26 Disember)

Sebarang urusan dengan sirkulasi bahan akan dipanjangkan kepada Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Maklumat.

Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, dimaklumkan.