Tuesday, January 17, 2012

EZProxy Perpustakaan Tuanku Bainun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikut adalah kaedah akses EZProxy Perpustakaan Tuanku Bainun :

a) Log masuk ke akaun Pustaka Portal masing-masing dan mengakses EZProxy secara terus melalui My Account masing-masing.

b) Atau, layari http://ezpustaka.upsi.edu.my dan log masuk menggunakan alamat emel penuh dan kata laluan emel masing-masing (terhad kepada alamat emel yang dialirkan pengesahannya ke mail.upsi.edu.my atau alpha1.upsi.edu.my sahaja)

Harap maklum dan terima kasih.

Monday, January 16, 2012

Jom ke sekolah... antara artikel menarik bulan Disember





Berikut adalah artikel-artikel majalah pilihan sebagai santapan minda warga UPSI. Semua majalah ini boleh diperolehi di Koleksi Terbitan Bersiri, Aras 2, Perpustakaan Tuanku Bainun. Sila klik pada judul di bawah untuk mendapatkan artikel teks penuh anda. Selamat Membaca dan Selamat Tahun Baharu 2012.
1.  10 cara kekal selamat di musim cuti
     Sumber : Majalah PC
2.   Kamu guna, kamu hebat
     Sumber : Al-Islam
3.   5 idea gajet mengikut personaliti anda
      Sumber : Majalah PC
4.   Info anak
      Sumber : Rasa
5.   Kalut hari pertama
      Sumber : Jelita
6.    7 langkah elak keracunan makanan di sekolah
      Sumber : Keluarga
7.   Jangan biar konflik mengawal situasi
      Sumber : Keluarga
8.   Rahsia pegaga sehelai daun seribu khasiat
      Sumber : Rasa
9.   Rumput snek kegemaran kucing
      Sumber : Laman Impiana
10. Solat jumaat : kenapa wali itu menangis?
      Sumber : Al-Islam

Monday, January 9, 2012

Gangguan Perkhidmatan EZProxy

Pihak Perpustakaan Tuanku Bainun akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan terhadap perkhidmatan EZProxy pada Selasa 10 Januari 2012 bermula jam 8.30 pagi.

Bersehubungan dengan itu, pihak tuan/puan bolehlah menghubungi pihak Meja Penasihat Pembaca untuk mendapatkan panduan akses langsung kepada pangkalan data atas talian dan e-jurnal.

Sekian harap maklum dan mohon maaf di atas semua kesulitan.

Thursday, January 5, 2012

Makmal E-Jurnal

Adalah dimaklumkan bahawa Makmal E-Jurnal yang terletak di Aras 2 Perpustakaan Tuanku Bainun, kini mula dibuka semula kepada pengguna.

Pengguna perpustakaan boleh melayari internet dan mendapatkan akses kepada ejurnal, ebooks dan pangkalan data atas talian di Makmal E-Jurnal.

Sekian, dimaklumkan.