Thursday, December 20, 2012

Tahniah Kepada Pemenang 'Library InfoHunt 2012'


Peserta Pertandingan Bergambar Bersama Ketua Pustawan

 Bertempat di Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI, pada Khamis  20hb Disember 2012 telah berlangsungnya pertandingan ‘Library InfoHunt 2012’. Pertandingan ini merupakan aktiviti penutup kepada Program Ilmu & Budaya Membaca 2012. Objektif pertandingan ini adalah untuk menggalakkan orang ramai mengenali dan mengunjungi perpustakaan dan mendedahkan para peserta kepada kemudahan serta koleksi yang terdapat di dalam perpustakaan. Pertandingan ini telah berjaya menarik penyertaan sebanyak 14 kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang ahli. Kumpulan-kumpulan ini terdiri daripada pelbagai kategori pengguna perpustakaan seperti kakitangan UPSI, pelajar diploma, pelajar prasiswazah dan pelajar pasca siswazah. Untuk pertandingan 'Library InfoHunt' ini, peserta diminta untuk mendapatkan serta menyelesaikan kesemua klu yang diberi disamping mengumpulkan serta menunjukkan kesemua bahan bukti yang diperolehi kepada ahli jawatankuasa program.

Pemenang Tempat Pertama Kumpulan Aldebaran
Pemenang tempat pertama Pertandingan ‘Library InfoHunt 2012’ yang membawa pulang hadiah wang tunai RM300.00, sijil dan hamper adalah kumpulan Aldebaran yang dianggotai oleh Mohamad Syafiq Zainal dan Mohd Fhazrulafifi Zainor Azizi daripada Fakulti Sains Kemanusian. 

Pemenang Tempat Kedua Kumpulan 'Power Buddies
Tempat kedua yang membawa pulang hadiah wang tunai RM200.00, sijil dan hamper, dimenangi oleh kumpulan ‘Power Buddies’ yang dianggotai oleh Nur Aina Nadiah Muhamad dan Nur Shawalliza Yusof daripada Fakulti Pengurusan & Ekonomi. Tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM100.00, sijil dan hamper telah dimenangi oleh kumpulan ‘Teslians’ yang dianggotai oleh Hii Wei Wei dan Charmyne Elvira Anak Rubi daripada Fakulti Bahasa & Komunikasi. Setiap peserta pertandingan juga diberikan sijil penyertaan. Hadiah-hadiah kepada para peserta telah disampaikan oleh Ketua Pustakawan Puan Rusliza Yaacob.

Pemenang Tempat Ketiga Kumpulan 'Teslians'





Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang Pertandingan 'Library InfoHunt 2012'.

Tahniah Kumpulan IQRA !

Tahniah diucapkan kepada kumpulan IQRA iaitu kumpulan Inovatif dan Kreatif Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) yang telah berjaya mendapat Johan di dalam Konvensyen KIK Peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah diadakan pada Rabu 12 Disember 2012 yang lalu.

Tahniah Kumpulan IQRA.