Monday, February 25, 2013

Tahniah Kumpulan Pembangun Pustaka VRS



Ucapan tahniah kepada kumpulan pembangun Pustaka VRS kerana berjaya mengondol pingat gangsa di dalam Malaysia Technology Expo (MTE) 2013 yang berlangsung baru-baru ini di PWTC pada 21 hingga 23 Februari.




Pustaka VRS adalah sistem pengurusan penilaian pembekal yang digunapakai di Perpustakaan Tuanku Bainun untuk memberi penarafan kepada pencapaian vendor-vendor. Mula digunapakai pada 2009, sistem ini dibangunkan bagi membantu pengurusan perpustakaan mendapatkan data-data sejarah penilaian terdahulu untuk dibuat perbandingan. Jadual perbandingan, graf dan carta dapat dihasilkan secara automatik melalui Pustaka VRS tanpa perlu menggunakan beberapa program komputer sepertimana yang digunapakai selama ini.

Untuk keterangan lanjut mengenai Pustaka VRS ini hubungi kami di emel pustakasys@upsi.edu.my

Thursday, February 21, 2013

TERKINI : PERTANDINGAN MENULIS ULASAN BUKU 2013


Bersempena Program Ilmu dan Budaya Membaca 2013, Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI akan menganjurkan Pertandingan Menulis Ulasan Buku 2013. Penyertaan terbuka kepada semua pengguna perpustakaan (kecuali kakitangan perpustakaan). Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi En. Rozman Che Ross di talian 05-4506797 atau melalui e-mail rozman@upsi.edu.my.

Borang penyertaan boleh didapati di kaunter  keselamatan perpustakaan atau klik untuk muat turun borang pertandingan sekarang. Tarikh tutup penyertaan adalah pada Khamis 11 April 2013

PUSAT SUMBER (PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN) KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH


Friday, February 15, 2013

TAKLIMAT PERPUSTAKAAN KEPADA PELAJAR ANTARABANGSA UPSI TAHUN 2013

Sekitar Taklimat Perpustakaan kepada Pelajar Antarabangsa UPSI bagi tahun 2013 pada 15 Februari 2013. Taklimat disampaikan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Perkhidmatan & Maklumat, Pustakawan Kanan Encik Mohamed Zaid Mohamed Idris.

 





Bahagian Pengurusan Perkhidmatan & Maklumat
Perpustakaan Tuanku Bainun
Feb 2013                                                                                                               -$-

WORKSHOP OF APPLICATION ON CITATION : RESEARCHER ID (ISI), SCOPUS AND GOOGLE SCHOLAR


Pada 14 Februari 2013, Perpustakaan Tuanku Bainun berjaya mengadakan satu mini Workshop of Application on Citation untuk para pensyarah yang aktif dalam penulisan dan penerbitan bagi Scopus dan ISI Web of Knowledge. Workshop ini bertempat di Makmal Latihan IT, Perpustakaan Tuanku Bainun.

Penceramah - Dr. Mohamad Nor Azhari Azman, Pensyarah FPTV

Workshop ini kerjasama di antara Unit Sumber Media & Terbitan Bersiri, Bahagian Perolehan dan Unit Perundingan Penyelidikan Pengguna, Bahagian Pengurusan Perkhidmatan & Maklumat berjaya mengumpulkan 15 pensyarah yang aktif dalam penulisan dan penerbitan artikel jurnal dalam bidang masing - masing. Fasilitator adalah Dr. Mohamad Nor Azhari Azman, Pensyarah Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional.

Para peserta memberi tumpuan
Tujuan utama workshop ini diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada para pensyarah UPSI yang aktif dalam penulisan dan penerbitan jurnal berimpak tinggi supaya mereka sentiasa peka akan keperluan penulisan mereka yang memberi impak kepada penerbitan universiti amnya.

Penulisan dan penerbitan artikel yang ditulis boleh dikemaskini data terutama penggunaan nama universiti dengan betul. Hadiri yang hadir diberikan maklumat untuk mewujudkan satu standard dalam penulisan dan penerbitan bagi keperluan jurnal - jurnal berimpak tinggi. Penerangan yang diberikan oleh fasilitator membantu para peserta dalam mengemaskini data mereka di dalam Scopus dan mewujudkan Researcher ID dalam ISI Web of Knowledge.

Merujuk kepada saranan daripada Amanat Tahun Baharu 2013 Dato' VC dalam mengalakan budaya penyelidikan dan penerbitan. Perpustakaan mengambil peluang ini untuk bersama - sama untuk membantu dalam menyediakan keperluan penyelidikan di kalangan pensyarah khususnya membekalkan keperluan maklumat yang terkini dan releven serta mengadakan bengkel dan latihan mengikut keperluan.


Di akhir workshop ini, para peserta berjaya mewujudkan satu Researcher ID dan Google Scholar ID serta mengemaskini data dalam Scopus yang dapat membantu para pensyarah dalam meningkatkan jumlah penulisan dan penerbitan mereka.  Dengan peningkatan penulisan di kalangan para pensyarah UPSI dapat membantu dalam menaikan ranking penerbitan artikel universiti di dalam dan luar negara.

Sekian.

Unit Perundingan Penyelidikan Pengguna dan Unit Sumber Media & Terbitan Bersiri
Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI.
2013

Monday, February 4, 2013

Artikel-artikel Pilihan Nov-Dis 2012

 Berikut adalah artikel-artikel majalah pilihan sebagai santapan minda warga UPSI. Semua majalah ini boleh diperolehi di Koleksi Terbitan Bersiri, Aras 2, Perpustakaan Tuanku Bainun. Sila klik pada judul di bawah untuk mendapatkan artikel teks penuh anda. Selamat Membaca...
Bonus : Fikir-fikirkan...