Friday, September 26, 2014

Friday, September 19, 2014

Program Bersama Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin

Jom meriahkan Program Bersama Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin, novelis terkenal pada Rabu 24 September 2014 bermula jam 2.00 petang bertempat di Dewan SITC, UPSI bersempena dengan Pesta Buku UPSI 2014. Jumpa anda disana.

Thursday, September 18, 2014

berita@pustaka : Hebahan aktiviti -- Pesta Buku UPSI ke-12


Library InfoHunt 2014



Bersempena Program Ilmu & Budaya Membaca 2014, Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI akan menganjurkan Pertandingan Library InfoHunt 2014. Pertandingan akan berlangsung pada hari Rabu, 29hb. Oktober 2014. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan UPSI (kecuali kakitangan perpustakaan). Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi En.Mohamed Zaid (05-4506834), En. Rozman Che Ross 
(05-4506797) atau Cik Intan Safarina (05-4506771).
Borang penyertaan dan syarat-syarat pertandingan boleh dimuat turun di sini.

Friday, September 12, 2014

Pertandingan Video Pendek ''Kongsi Pengalaman Anda @ Perpustakaan Tuanku Bainun''

Jom sertai Pertandingan Video Pendek "Kongsi Pengalaman Anda @ Perpustakaan Tuanku Bainun". Hadiah lumayan menanti pemenang dan sijil penyertaan juga akan diberikan kepada setiap peserta. Terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan UPSI. Ayuh serlahkan kreativiti dan idea menarik anda.Klik untuk dapatkan borang pertandingan.