Friday, July 29, 2016

Perpustakaan Tuanku Bainun menerima lawatan daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Hamid Khan, Tapah pada 29hb Julai 2016. Lawatan terdiri daripada 86 orang pelajar dan guru pengiring


Pelajar-pelajar diberikan taklimat mengenai perpustakaan
Pelajar-pelajar diberikan taklimat mengenai perpustakaan
Antara pelajar-pelajar yang mengikuti lawatan
Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Pembantu Pustakawan Kanan
Pelajar dan guru pengiring
Penerangan di kaunter utama oleh Pembantu Pustakawan
Melawat sekitar perpustakaan
Penerangan mengenai Mesin Pinjaman Layan Diri oleh Pembantu Pustakawan
Bahagian novel di aras 4, perpustakaan
Bahagian novel di aras 4, perpustakaan
Bahagian novel di aras 4, perpustakaan
Bahagian novel di aras 4, perpustakaan
Penerangan oleh Pembantu Pustakawan Kanan di kaunter Sumber Media
Penerangan oleh Pembantu Pustakawan Kanan di kaunter Sumber Media
Melawat sekitar perpustakaan
Pelajar bertanyakan kepada Pembantu Pustakawan Kanan di bahagian Internet Hub
Melawat sekitar perpustakaan
Melawat sekitar perpustakaan
Penerangan mengenai Mesin Pinjaman Layan Diri oleh Pembantu Pustakawan Kanan
Penerangan mengenai Mesin Pinjaman Layan Diri oleh Pembantu Pustakawan Kanan
Bergambar kenangan

berita@pustaka : Jenis-jenis Koleksi Perpustakaan | Types of Library Collections




Wednesday, July 27, 2016

berita@pustaka : Pameran Pembangunan Sistem & Inovasi


Persidangan Antarabangsa PERPUN (26 - 27 Julai 2016)

Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan sokongan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) buat julung kalinya menganjurkan ‘5th PERPUN International Conference 2016 : System & Innovation In Libraries’ pada 26 – 27 Julai 2016 bertempat di FELDA Residence Hot Springs, Sungai Klah, Sungkai, Perak.  Perasmian persidangan telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Zakaria bin Kasa,  Naib Canselor UPSI.

Persidangan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan input daripada perpustakaan-perpustakaan di Malaysia dalam pembangunan sistem dalaman untuk meningkatkan perkhidmatan kepada  pengguna,  memperkenalkan produk  inovasi terkini yang digunapakai di perpustakaan dalam dan luar negara serta menjalinkan  kerjasama dan meluaskan jaringan dalam kalangan para pustakawan dan pegawai teknologi maklumat di dalam memacu perkhidmatan perpustakaan.

Persidangan ini berjaya mengetengahkan inovasi-inovasi sistem yang dibangunkan oleh perpustakaan dalam dan luar negara ke dalam satu platform perkongsian yang boleh dimanfaatkan bersama. Jumlah kehadiran pembentang, peserta dan pemamer adalah seramai 111 orang. Sebanyak 14 kertas kerja telah dibentangkan termasuk 2 kertas kerja daripada pengucaptama.

Ucapan perasmian oleh YBhg. Professor Dato' Dr. Zakaria bin Kasa, Naib Canselor UPSI



Ucaptama oleh Mr. Adam Brimo, CEO of Faouder Open Learning

Persidangan ini berjaya mendedahkan para peserta terhadap pembangunan sistem yang dibangunkan sendiri oleh perpustakaan-perpustakaan seluruh Malaysia yang memberikan impak secara langsung atau tidak langsung terhadap proses kerja serta perkhidmatan dan kemudahan kepada pengguna.

Sistem dan inovasi yang diketengahkan akan menjadi medan untuk membuka lembaran baru dengan mengurangkan kebergantungan kepada vendor atau syarikat luar, sekaligus menyaksikan kebangkitan para pustakawan dan pegawai teknologi maklumat berganding bahu dalam merealisasikan pembangunan sistem dalaman termasuk perpustakaan digital.

Antara pembentang kertas kerja dan Pengerusi Sesi Dr. Nor Edzan bt. Che Nasir