English Language in Early Childhood Education Forum 2017

20 Julai 2017 -- Forum ini dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPK) dengan kerjasama Lincoln Corner Malaysia dan Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Forum dirasmikan oleh YB Dato' Nolee Ashilin binti Mohammed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Ksenian dan Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia. 

YBhg. Prof. Madya Dr. Nordin bin Mamat, Timbalan Dekan HEPA, Fakulti Pembangunan Manusia dilantik sebagai moderator forum. 

Pembentang forum pula terdiri daripada : 
1. Dr. Mazlina binti Che Mustafa Timbalan Pengarah II, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak (NCDRC), 
2. Tuan Haji Mohammad Nazari bin Haji Abdul Hamid Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak 
3. Puan Vikneswari Kathirgamu Head Of Program & Senior Lecturer (Early Childhood Education) Quest International University Perak

Ketibaan VVIP YB Dato' Nolee Ashilin disambut oleh Timbalan Naib Canselor (TNC) HEPA, Prof. Madya Dr. Md Amin bin Md Taff dan Ketua Pustakawan, Puan Rusliza Yaacob dan Pengarah PKNAP Tuan Haji Nazari Haji Abdul Hamid

Ucapan aluan oleh TNC HEPA, Prof. Madya Dr. Md Amin bin Md Taff

Ucapan perasmian oleh YB Dato' Nolee Ashilin binti Mohammed Radzi

Moderator dan pembentang forum. Dari kiri Dr. Mazlina binti Che Mustafa, YBhg. Prof. Madya Dr. Nordin bin Mamat (moderator), Tuan Haji Mohammad Nazari bin Haji Abdul Hamid dan Puan Vikneswari Kathirgamu

Peserta-peserta forum yang memenuhi Dewan Sri Tanjong, UPSI