Lawatan Pelajar Pra U Daerah Batang Padang dan Daerah Muallim

29 September 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan pelajar -pelajar Pra U daripada Daerah Batang Padang dan Daerah Muallim seramai 120 orang. Lawatan ini bersempena program Corporate Social Responsibility (CSR) iaitu Selangkah Ke UPSI anjuran Bahagian Komunikasi Korporat UPSI dengan kerjasama Kolej Ungku Omar. Lawatan ini dibawa oleh BKK ke perpustakaan pada jam 3.00 petang

Bergambar kenangan bersama kakitangan Perpustakaan Tuanku Bainun dan Bahagian Komunikasi Korporat di hadapan bangunan perpustakaan

Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Pembantu Pustakawan Kanan

Pelajar mendengar taklimat di dalam Bilik Seminar Perpustakaan Tuanku Bainun
Lawatan berpandu dibawa oleh kakitangan perpustakaan