Lawatan Delegasi dari Banten, Indonesia

29 September 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada Delegasi Banten, Indonesia. Lawatan ini bersempena Persidangan Antarabangsa Pedagogi Islam Dalam Pendidikan 2017 yang dianjurkan oleh Fakulti Pembangunan Manusia UPSI dengan kerjasama Kementerian Agama Wilayah Banten Indonesia, Universiti Islam Negeri Daerah Banten dan Jabatan Agama Islam Perak. Delegasi yang terdiri daripada 80 orang pelawat di bawa ke perpustakaan oleh Fakulti Pembangunan Manusia pada jam 9.00 pagi

Taklimat perpustakaan oleh Pustakawan Kanan
Lawatan sekitar perpustakaan
Penerangan diberikan oleh Pustakawn Kanan sepanjang lawatan
Bergambar kenangan di hadapan bangunan perpustakaan