Pesta Buku UPSI Ke -15 2017

30 September 2017 -- Pesta Buku UPSI kali Ke 15 telah berlangsung dengan jayanya. Pesta yang berlangsung selama empat hari mulai 27 - 30 September 2017 telah diisi dengan pelbagai aktiviti anjuran bersama Perpustakaan Tuanku Bainun dan Pejabat Karang Mengarang UPSI. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang pesta adalah :

  • "Lunch Date"bersama Nia Azalea - 27 September jam 12.00 hingga 1.00 petang
  • Sepetang Bersama Mat Luthfi - 27 September jam 3.00 hingga 5.00 petang
  • Bicarawara Sains Islam Bersama Prof. Madya Dr. Rofa Ismail - 28 September jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang
  • Bedah Buku "The Fourth Industrial Revolution" Bersama Tuan Sayed Munawar bin Sayed Mohd Mustar - 28 September jam 2.30 hingga 4.30 petang
  • Program Diskusi Kumpulan Cerpen Kurung dan Kumpulan Puisi Remaja Cermin Adab karya Norazimah Zakaria - 29 September jam 9.00 hingga 11.30 pagi
  • Pertandingan Mewarna Bersama Uneh - 30 September jam 9.00 hingga 10.30 pagi
  • Bersama Penulis Melur Jelita, Awak Suka Saya Tak? - 30 September 2017 jam 11.00 hingga 1.00 petang
  • Jualan buku sepanjang pesta berlangsung
Hampir 5 ribu orang telah berkunjung ke pesta dan memeriahkan program-program yang telah di adakan. Sepanjang pesta ini berlangsung, maskot perpustakaan Dr. Hoothoot menjadi tarikan utama pengunjung terutama kanak-kanak

Pembekal-pembekal buku yang menyertai Pesta Buku UPSI

Koperasi UPSI antara booth yang paling disukai pengunjung

Pengunjung yang terdiri daripada pelajar UPSI dan juga masyarakat sekitar Tanjong Malim

Antara kakitangan Perpustakaan Tuanku Bainun yang bertugas sepanjang pesta buku

Kakitangan Pejabat Karanag Mengaranag yang tururt bertugas dan juga membuka gerai jualan makanan untuk pengunjung pesta

Ketua Pustakawan, Pn. Rusliza Yaacob turut mengunjungi pesta buku untuk memberikan sokongan

Ketua Pustakawan bersama penulis Melur Jelita
Maskot Perpustakaan Tuanku Bainun, Dr. Hoothoot yang berada disepanjang pesta berlangsung menghiburkan pengunjung dengan keletahnya yang ceria dan bersahaja
Peminat cilik Dr. Hoothoot
Dr. Hoothoot sentiasa menjadi tumpuan pengunjung untuk bergambar

Sepetang Bersama Luthfi, program yang paling mendapat sambutan di pesta buku
Antara peminat Mat Luthfi yang tidak melepaskan peluang beramah mesra secara santai bersama selebriti vlogger & penulis ini
"Lunch Date" bersama Nia Azalea, penulis novel Kau Yang Satu & Hati Yang Yang Terusik

Bicarawara Sains Islam bersama penulis Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail

Bergambar bersama AJK Bicarawara Sains Islam

Bedah Buku "The Fourth Industrial Revolution" Bersama Tuan Sayed Munawar bin Sayed Mohd Mustar

Bergambar bersama peserta program Bedah Buku
Diskusi Kumpulan Cerpen Kurung dan Kumpulan Puisi Remaja Cermin Adab karya Norazimah Zakaria

Antara pelajar UPSI yang mendeklamasi sajak karya Norazimah Zakaria

Bersama Penulis Melur Jelita, Awak Suka Saya Tak?

Peserta program Bersama Melur Jelita menerima hadiah cabutan bertuah

Bersama Raja Pensel, Uneh dalam pertandingan mewarna

Peserta kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna