Lawatan Tabika KEMAS Daerah Muallim

28 September 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar Tabika KEMAS Daerah Muallim seramai 45 orang termasuk pelajar, guru pengiringdan ibubapa pelajar. Lawatan ini bersempena dengan program Open Day Unit Serial Media. Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk menghiburkan kanak-kanak ini. Antaranya : 

1. Menari dan menyanyi bersama maskot perpustakaan Dr. Hoothoot 
2. Membuat kraf sendiri iaitu topeng muka watak Baby Shark dan menari lagu kanak-kanak yang popular itu. 
3. Menonton filem yang disediakan oleh Unit Sumber Media di Auditorium PTB yang telah dijadikan mini pawagam 

 Aktiviti ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Mereka kemudian dibawa ke Pesta Buku di dewan SITC

Dr. Hoothoot menyambut kedatangan anak-anak dari Tabika KEMAS

Menari dan menyanyi bersama di Bilik Seminar PTB, Aras 4

Dr. Hoothoot turut beraksi menghiburkan anak-anak

Memakai topeng Baby Shark yang telah dibuat sendiri oleh mereka