Wacana Pantun Beradat Santun Melayu

25 September 2017 -- Telah berlangsung program Wacana Pantun Beradat Santun Melayu anjuran Perpustakaan Tuanku Bainun di ruang bacaan Aras 1.

Pewacana jemputan :

1. Prof. Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli bin Saludin - Pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris

2. Dr. Zubir bin Idris - Ketua Program Persuratan Melayu, Fakulti Sains Sosial & Kemanusian, Universiti Kebangsaan Malaysia

3. Tuan Sabri bin Yunus - Pengarah Filem/Drama & Selebriti

Moderator : Dr. Hasrina binti Baharum - Pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Program dimulakan dengan persembahan berbalas pantun oleh pelajar-pelajar UPSI. Kemudian diikuti sketsa drama pendek mengisahkan Adat Merisik dan Meminang Orang Melayu yang dilakonkan oleh kakitangan perpustakaan. Sketsa yang penuh dengan seloka berbalas pantun dan gurindam lama yang mencuit hati tetamu.

Bergambar kenangan di akhir program

Persembahan oleh pelaja-pelajar UPSI

Sketsa pendek yang dijayakan oleh kakitangan perpustakaan

Para pewacana dan moderator yang dijemput untuk menjayakan program

Antara tetamu yang memeriahkan program Wacana Pantun Beradat Santun Melayu