Tuesday, October 31, 2017

Jejak Ilmu 2017

31 Oktober 2017 -- Program Jejak Ilmu 2017 merupakan suatu program usahasama Perpustakaan Tuanku Bainun dan Muzium Pendidikan Nasional. Para peserta perlu melalui semua 'check point' yang telah ditentukan dengan pelbagai jenis permainan sebelum ke garisan penamat. Bermula 'check point' pertama hingga ke empat di Muzium Pendidikan Nasional dan seterusnya 'check point' kelima hingga ke sepuluh di Perpustakaan Tuanku Bainun. Sebanyak 10 kumpulan telah menyertai program ini. Setiap kumpulan diwakili oleh 2 orang ahli. Penyertaan dibuka kepada kakitangan dan pelajar UPSI

Persiapan oleh AJK bertugas
Taklimat ringkas kepada peserta oleh Pengarah Program, Encik Afzanizam Dullah Hashim
Peserta bergambar bersama AJK sebelum program bermula

Para peserta dilepaskan oleh Pengarah Program
Berjalan menuju ke muzium
Para peserta menyiapkan tugasan di di muzium

Antara 'check point' di muzium
'Check point' kelima di perpustakaan, mencari maklumat di rak buku

Melukis gambaran tajuk filem dan teka tajuk filem yang telah dilukis

Menerbangkan kapal terbang kertas melalui lubang kotak yang telah disediakan

Menyusun 'lego' mengikut gambar yang telah diberi kepada peserta untuk dilihat selama 10 saat

Mencari maklumat di makmal IT, Perpustakaan

'Check point' terakhir, peserta perlu menyiapkan hidangan Meng Khiam dan memakan hidangan tersebut
Para peserta menunggu majlis penutup dan penyampaian hadiah di Auditorium Perpustakaan, Aras 4

Hadiah pemenang di sampaikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Encik Mohamed Zaid bin Mohamed Idris

Para peserta bergambar bersama AJK program dan Timbalan Ketua Pustakawan

AJK program yang telah bertungkus lumus menjayakan program Jejak Ilmu 2017

Lawatan SMK Sungai Besar, SMJK Yoke Kuan & SBPI Sabak Bernam

31 Oktober 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima kunjungan daripada 3 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan, Sekinchan dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam. Kesemua sekolah ini adalah di bawah kelolaan Jabatan Penerangan Daerah Sabak Bernam. Lawatan terdiri daripada 120 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Mereka di bawa ke perpustakaan oleh Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) UPSI pada jam 12.00 tengahari

Taklimat ringkas perpustakaan oleh Pembantu Pustakawan

Bergambar kenangan di dalam perpustakaan

Melihat koleksi buku yang terdapat di rak

Melawat sekitar perpustakaan

Saturday, October 28, 2017

Lawatan SMK Agama Miri, Sarawak

28 Oktober 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar Pra-U Sekoah Menengah Kebangsaan Agama Miri, Sarawak seramai 29 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini telah dibawa oleh Majlis Mahasiswa Kolej, Kolej Aminuddin Baki (KAB) UPSI ke perpustakaan pada jam 12.00 tengahari. Taklimat ringkas perpustakaan disampaikan oleh Pembantu Pustakawan Kanan. Lawatan berpandu sekitar perpustakaan di bawa oleh pelajar UPSI.

Bergambar kenangan di hadapan banguan perpustakaan

Melawat sekitar perpustakaan

Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Pembantu Pustakawan Kanan

Mendengar taklimat ringkas perpustakaan

Lawatan Ikatan Muslimin Malaysia

28 Oktober 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan dari Badan NGO, Ikatan Muslimin Malaysia. Lawatan terdiri daripada 30 orang. Pelawat sampai ke perpustakaan pada jam 10.00 pagi. Lawatan berpandu dibawa oleh Penolong Pustakawan yang bertugas di Meja Penasihat Pembaca pada hari tersebut. Taklimat ringkas perpustakaan disampaikan oleh Pembantu Pustakawan Kanan

Bergambar kenangan di dalam perpustakaan

Taklimat ringkas perpustakaan disampaikan oleh Pembantu Pustakawan Kanan

Lawatan sekitar perpustakaan

Bergambar bersama Penolong Pustakawan

Tuesday, October 17, 2017

Lawatan Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang, Selangor

17 Oktober 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang Selangor seramai 190 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini telah dibawa Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) UPSI ke perpustakaan pada jam 9.30 pagi

Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Pembantu Pustakawan Kanan

Lawatan sekitar perpustakaan

Lawatan berpandu oleh Pembantu Pustakawan

Bergambar kenangan di hadapan bangunan perpustakaan

Tuesday, October 10, 2017

Lawatan Guru-guru Takengon, Aceh, Indonesia

10 Oktober 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada guru-guru Pendidikan Awal Kanak-kanak Takengon, Aceh, Indonesia seramai 12 orang. Lawatan ini dibawa oleh pelajar-pelajar Aceh UPSI ke perpustakaan pada jam 2.30 petang.

Taklimat perpustakaan oleh Pustakawan Kanan

Lawatan berpandu sekitar perpustakaan
Ruang novel, Aras 4

Bergambar kenangan di dalam perpustakaan

Saturday, October 7, 2017

Sambutan Hari Thalassemia Peringkat Hospital Slim River Perak

7 Oktober 2017 ~ Sambutan Hari Thalassemia Peringkat Hospital Slim River Perak
Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima jemputan untuk membuka booth "Budaya Membaca" bersempena dengan sambutan Hari Thalassemia Peringkat Hospital Slim River Perak bermula pada jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang. Pelbagai aktiviti diadakan untuk semua pesakit thalassemia dan keluarga pesakit diantaranya adalah :

✔️ Promosi keahlian luar
✔️ Jingsaw Puzzle
✔️ Pameran Kemudahan Perpustakaan
✔️ Story Telling
✔️ Word Search 


Semoga aktiviti dan kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang! Tidak lupa juga terima kasih kepada ahli jawatankuasa Kelab Sahabat Perpustakaan atas kesudian turut serta dalam program ini.

Maskot Perpustakaan, Dr. Hoothoot bergambar bersama pihak pengurusan hospital


Pesakit-pesakit thalassemia meluangkan masa di booth perpustakaan

Dr. Hoothoot menghiburkan pesakit dan tetamu yang hadir

Friday, October 6, 2017

Lawatan Universitas Negeri Yogyakarta, Indonesia

6 Oktober 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar Pasca Siswazah Universitas Negeri Yogyakarta seramai 13 orang termasuk pelajar dan pensyarah. Lawatan ini dibawa oleh Pusat Latihan Mengajar dan Industri (PuLaMi) UPSI ke perpustakaan pada jam 8.30 pagi.

Taklimat dan lawatan berpandu oleh Pustakawan Kanan

Lawatan sekitar perpustakaan

Di dalam ruang Sumber Media, Aras 4
Bergambar kenangan di hadapan bangunan perpustakaan

Meja Penasihat Pembaca, Aras 1